Indriaty Ismail
Abstrak
Occultisme merupakan suatu bentuk falsafah kebatinan yang merangkumi pelbagaicabang ilmu yang cuba menerokai perkara-perkara misteri yang sukar diketahui oleh pancaindera dan pengalaman manusia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkanmengenai elemen occultisme yang terdapat di dalam kitab Melayu klasik Taj al-Mulk.Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah bersifat kajian kepustakaan. Hasil kajian menemui bahawa sebahagian besar dari kitab ini mengandungi elemen falsafahoccultisme yang antaranya ialah seperti numerologi, astrologi, divinasi, ilmu tangkal azimat dan lain-lain.
Pengenalan
Perkembangan occultisme secara formal di dalam dunia Islam dapat dilihat paling awaldalam pemikiran aliran Ikhwan al-Safa` dan kemudiannya dipraktikkan oleh ahli-ahlifalsafah Islam yang juga merupakan saintis Islam terkenal. Occultisme secara tidak formal terus berkembang danmendapat tempat di kalangan orang awam yang tidak mengetahui hujung pangkal ilmu ini.Occultisme menjadi suatu budaya dan adat tradisi masyarakat Islam sejak beberapa lama. Ia juga kelihatan terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia khususnya dikalangan orang-orang Melayu. Amalan-amalan ini dipelihara oleh golongan tua dari semasake semasa sehingga mereka dikenali sebagai orang yang berilmu dan luas pengalaman dikalangan generasi muda. Occultisme kemudiannya diwarisi oleh golongan generasi mudayang terus menjadi pendokong utama yang mempertahankannya daripada pupus di telanzaman. Baik secara individu atau kolektif, masyarakat Melayu sebenarnya belum benar- benar mengenali apakah occultisme yang selama ini menjadi kepercayaan dan pakaian harianmereka. Penerokaan terhadap occultisme sebagaimana tersurat di dalam penulisan-penulisantinggalan masyarakat dan yang tersirat di dalam dada dan amalan masyarakat akanmembuahkan hasil perbandingan yang kritis dengan ciri-ciri occultisme yang telah menjadielemen terpenting dalam berbagai agama lain selain Islam. Penganalisisan ini juga bermatlamatkan untuk melihat sedekat mungkin keserasian occultisme atau sejauhmana perjalanannya bertunjangkan kepada pendekatan yang dibawa oleh syiar Islam
Falsafah Occultisme Dan Kitab-Kitab Masyarakat Melayu
The Living Webster Encyclopedia Dictionary menghuraikan occult sebagai sains awalyang menumpukan kepada kualiti fizikal yang terdapat pada benda-benda di alam yang sukar diketahui melalui kefahaman fikiran tetapi dapat disingkap melalui pengalaman. Ia juga merupakan suatu sains yang berkaitan dengan unsur-unsur magik, astrologi dan penggunaanagen-agen misteri dan ghaib.
Webster Encyclopedia
menyimpulkan occultisme sebagaisuatu doktrin, kajian dan kepercayaan terhadap unsur-unsur ghaib dan berkomunikasidengannya. Manakala
occultist
ialah orang yang mengamalkan occultisme dan mengabdikandiri dengan ilmu-ilmunya (
The Living Webster Encyclopedia Dictionary
t.th.,1:655).Menurut
The Encyclopedia Americana,
occultisme ialah falsafah yang berkaitan dengan perkara-perkara misteri atau tersembunyi;
‘The philosophy of hidden matters’
. Istilah inimerangkumi amalan-amalan yang didasarkan kepada teori-teori dan kepercayaan-kepercayaan yang kemudiannya membentuk falsafah ini. Dalam kata lain, occultisme padakebiasaannya mengandungi kepercayaan mistik dan amalan magik rahsia (
The Encyclopedia Americana
1972,20:609).Pengumpulan data-data mengenai occultisme dalam masyarakat Islam Malaysiadiperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber-sumber bertulis dan tidak bertulis. Kajianke atas sumber-sumber bertulis dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kitab-kitab agama bertulisan Arab dan Jawi dan buku-buku berunsur agama bertulisan rumi. Sumber-sumber occultisme yang tidak bertulis pula terdiri daripada kajian-kajian ke atas amalan, pegangandan kepercayaan individu dan masyarakat yang diwarisi secara tradisi lisan sejak turun-temurun.Kitab-kitab bertulisan Jawi yang memuatkan beberapa bahagian ilmu occultismesebagaimana yang ditemui oleh pengkaji ialah seperti berikut:
Kitab Bintang Dua Belas
(AbiMa
c
syar al-Falaki:1957),
Kitab Pati Rahsia
(Haji Nik Mahmud bin Ismail:1946) dan
KitabTaj al-Mulk
(Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani:t.th.). Kitab-kitab di atas merupakan kitab-kitab terbitan dan cetakan tempatan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultisme.Manakala kitab-kitab berbahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang banyak memuatkan ilmu-ilmu occultisme dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah seperti berikut:
Syams al-Ma
c
arif al-Kubra
(Ahmad ibn
c
Ali al-Bayyuni:1970),
Manba
c
Usul al- Hikmah
(Ahmad ibn
c
Ali al-Bayyuni:t.th.),
Sir al-Asr
r wa Kanzu al-Anw
r
(Daud al-Antakial-Darir:1928),
Kitab Mujarobat
(Al-Syaykh Ahmad al-Dairabi al-Kabir:t.th.) dan
Kit
bMujarrobat al-Iman (
Al-Syaykh Abi
c
Abd Allah Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi al-Husni).Kitab-kitab bahasa Arab tersebut di atas ini amat hebat pengaruhnya di kalanganmasyarakat Melayu. Selain itu, terdapat ratusan buah buku-buku bahasa Melayu danIndonesia yang dikesan oleh pengkaji mengandungi elemen-elemen occultisme yang begitusebati di dalam masyarakat Islam. Buku-buku tersebut dapat disenaraikan seperti berikut:
Hikmat Ayatul Kursi
(Ali Zulfakar:t.th.),
Dunia Hikmat
(Ali Zulfakar:1955),
Intisari IlmuGhaib
(Imam Ghazali:t.th.,Terj.),
Rahasia Mujarobat Lengkap
(MS Mariyah:1994),
Mengenal Lelaki
(Ibnu Yusof:1993),
Kitab Mujarabat
(M.A. Romdon: 1986),
Mujarrobat Madiinatul Asroor
(t.p:t.th.), Buku
Primbon Lengkap Kunci Keselamatan
(t.p:t.th.),
Miftahusy Syifa’ Primbon Lengkap Kunci Kesembuhan
(Ahmad Thoha Abdul Ghani:t.th.),
Kunci Mencari Rezeki
(K.H. Zahwan Anwar:1988) dan berbagai nama kitab lagi.Pengkaji juga menemui beberapa buah buku berbahasa Inggeris yang pada hemat pengkaji turut menyelitkan fahaman occultisme. Kemungkinan besar buku-buku inimendapat tempat utama di kalangan para intelek Melayu meskipun kedudukannya dikalangan orang awam dipercayai adalah terhad. Buku-buku bahasa Inggeris yangdikenalpasti itu ialah:
The Book of Sufi Healing (Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi)(ShaykhHakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin:1985) dan
Sufi Expressions of The Mystic Quest
(Laleh Bakhtiar:1976).Perbincangan mengenai occultisme di dalam kitab-kitab tersebut dapat diselami menerusiilmu-ilmu occultisme yang terdiri daripada numerologi, astrologi, divinasi,
palmistry
danlain-lain. Di dalam kajian ini pengkaji hanya akan menumpukan kepada sebuah kitab sahajaiaitu
Taj al-Mulk
. Pemilihan ini dibuat memandangkan kitab ini amat popular di kalanganorang Melayu dan kandungan falsafah kebatinannya juga hampir merangkumi sebahagian besar cabang falsasah occultisme. Pengkaji akan memuatkan fakta-fakta dan contoh-contohyang ditemui sepanjang kajian sebagai membuktikan penampilan ilmu-ilmu occultisme didalam kitab in
0 komentar:
Posting Komentar