Mengetahui Tafsiran Bintang Tujuh


Pengkaji melihat hanya kitab Taj al-Mulk membincangkan mengenai huraian pengaruhBintang Tujuh ini dalam kehidupan seseorang. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan SyarahBintang Tujuh’ yang telah tersebut di dalam jadual, pengarang menyatakan,
“Adapun pada ketika Syams barang kehendak kita kerjakan nescaya beroleh sentosa jika berjalan bertemu dengan orang berbangsa dan beroleh nikmat diperjamu orang akan dikau…Adapun saat Zuhrahmaka barang kerjanya baik atau beristeri atau bertemu dengan kekasih atau memakai kain itu baik…Adapun saat Utarid maka barang kerjanya baik dan jika mengambil upahan atau menyurat ataumesyuarat suatu pekerjaan atau mengadap raja-raja atau menanam sesuatu maka iaitu baik. Adapunsaat Qamar maka barang kerjanya terlalu baik tetapi pekerjaan yang jahat jangan dikerja dalam saat ini.Adapun saat Zuhal itu maka barang kerjanya terlalu jahat kerana Zuhal itu
nahas akbar
dan jika berperang tiada menang jika pergi kepada suatu nescaya kesukaran dan terkadang bertemu orang jahat…Adapun saat Musytari itu barang kerjanya terlalu baik kerana Musytari itu saad akbar jikadikehendaki mengadap raja-raja atau berjual beli maka iaitu pun baik…Adapun saat Marikh itu maka barang pekerjaannya tiada baik kerana Marikh itu
nahas asghar
. Wallahualam
.
Mengetahui Saat Dalam Setiap Hari Yang Tujuh
Pengkaji mendapati pengaruh astrologi amat ketara dalam pemikiran pengarang Taj al-Mulk
yang berusaha membahagikan saat dalam setiap tujuh hari dalam seminggu, mengikut buruj-buruj dalam sistem astrologi. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Saat Dalam Tiap-tiapHari Yang Tujuh’, pengarang menyebut, “Kata setengah hukamak adalah dalam satu qaus hari itu dibahagi tujuh saat. Inilah jadual mengenalsaat yang tujuh dalam qaus tiap-tiap hari yang tujuh dan murad dengan qaus hari itu daripada waktuterbit matahari hingga masuk matahari. Inilah jadual.
Wallahualam


 JADUAL  Saat Dalam Tiap-tiap Hari Yang TujuhSumber: Tuan Hasan t.th.:13



seterusnya membahagikan satu hari dalam seminggu itu kepadadua puluh empat saat. Pengkaji melihat usaha beliau ini tidak lain darpada mengembangkancabang-cabang astrologi di dalam analisis hari. Beliau mencatatkan,
“Kata setengah hukamak seperti yang tersebut di dalam Syams al-Maarif al-Kubra adalah dalam seharisemalam itu dua puluh empat saat maka jadilah dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satumalam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus hari itudua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus bagi tiap-tiap hari bermula jadual ini (Tuan Hasan t.th.:13). (Pengkaji tidak membawakan di sini contoh jadual yang dimaksudkan demi untuk menjimatkan ruangan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar