Taj al-Mulk telah membincangkan fasal ini berdasarkan kaedah Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat
seperti yang telah diperkenalkannya. Pengarangnya juga telah menggabungkan perbincangan dan pengiraan dua perkara serentak iaitu keadaan-keadaan orang yang musafir atau ghaib dengan hal keadaan orang yang sakit. Beliau menyatakan,“Tersebut di dalam Syams al-Maarif al-Kubra
, “Apabila engkau kehendak ketahui hal orang sakit danyang ghaib dan yang musafir dan barang yang hasil atas keduanya maka kenal olehmu akan nama hariyang datang penyakit atas orang sakit itu, nama hari pergi orang yang musafir yang sudah ghaib danhisab olehmu akan nama orang itu dan nama ibunya dengan hisab
jumal kabir yang termazkur dan adad hari dan murad dengan esa itu dua puluh banyaknya. Setelah sudah engkau himpun sekeliannyamaka buang olehmu 30, 30 hingga tinggal 30 atau kurang daripada 30. Setelah itu maka engkau lihatakan adad yang tinggal mana Luh yang tempat jatuh adad yang tinggal itu. Maka jika jatuh dalam Luh al-Hayat maka adalah orang sakit itu hidup dan orang yang musafir itu selamat dan orang ghaib pun selamat, InsyaAllahTaala. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah orang yang sakit itumati dan orang yang musafir itu kesukaran dan orang yang ghaib itu kesakitan atau lambat kembali”(Tuan Hasan t.th.:25).
Pengarang kitab ini seterusnya membawakan contoh,
“Misal orang yang sakit atau kedagangan umpamanya itu Ibrahim dan nama ibunya Hajar dan namahari itu Ahad dan bilangan hari bulan Arab masa ditanyai itu 6 haribulan umpamanya. Maka kita hisabIbrahim itu 259 dan Hajar itu 208 adad nya maka jadi majmuk itu 417 (Pengkaji mendapati kiraan inisalah kerana 259 + 208 = 467). Maka kita tambah pula 1 iaitu adad hari dan kita tambah pula 6 iaitu bilangan haribulan yang sudah lalu maka jadi majmuk 424 adad nya.
Kemudian maka kita tambah pula esa hari bulan iaitu 20 adad nya maka jadi majmuk, semuanya 444 adad
nya.
Kemudian maka kita buang akan dia 30, 30 maka jadi tinggalnya itu 24 maka kita dapat 24 adad nya itu dalam
Luh al-Mamat maka nyatalah bagi kita orang itu mati dalam kedagangan”
0 komentar:
Posting Komentar