Elemen Occultisme Di Dalam Kitab Taj Al-Mulk



Setelah membuat analisis ke atas data-data yang dikumpulkan dari kitab agama klasik masyarakat Melayu ini, pengkaji merumuskan untuk membentangkan tiga unsur occultismeyang utama dan terbanyak dihuraikan di dalam kitab tersebut dan juga masih diamalkan dikalangan masyarakat. Unsur-unsur tersebut terdiri dari Numerologi, Astrologi dan Divinasi.

 Numerologi
 Numerologi merupakan ilmu dalam occultisme yang paling popular di kalanganmasyarakat Islam di Tanah Melayu di mana ia telah diamalkan dan diperturunkan sejak darizaman silam lagi. Ilmu numerologi ini di dalam bahasa Arab disebut sebagai

 Ilm al-Huruf
.Pengkaji melihat bagi kebanyakan penulis kitab-kitab occultisme baik berbahasa Melayu atauArab, mereka beranggapan bahawa huruf-huruf samada secara bersendirian atau tersusunmempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Huruf-huruf hijaiah ini dijadikan wifiq dan bentuknya yang tersusun dijadikan sebagai azimat. Setiap huruf dipercayai mempunyaitabiat-tabiat tertentu yang membolehkan seseorang memahami ciri-ciri, kaifiyat, darjat danmartabat kerohanian sesuatu benda.Penggunaan ilmu huruf di kalangan ulamak occultisme di dalam kitab
Taj al-Mulk
dankebiasaannya di dalam kitab-kitab yang sealiran dimulai dengan memberi nilai kepada huruf-huruf hijaiah tersebut. Menurut kajian pengkaji sistem nilai abjad yang dipraktikkan ini tidak mempunyai sedikit perbezaan pun dengan yang digunakan oleh masyarakat Chaldean,masyarakat Yahudi dan falsafah aliran Pythagorean.Berikut ialah nilai abjad huruf-huruf hijaiah yang diambil dari kitab Melayu yang laindan diperturunkan di sini disebabkan kitab
Taj al-Mulk
sendiri tidak mencatatkan huraiannilaiannya

Para numerologis dan occultis Melayu Islam amat fanatik dengan ilmu huruf atau sistemnilai abjad ini kerana ia menjadi asas yang paling penting dalam segala pekerjaan yang lain.Sebagai contoh, ilmu hitungan diperlukan dalam menentukan jumlah nama seseorang, sifatdan karakter peribadinya, keserasian seseorang dengan pasangannya, mengetahui hal manusiadan bintangnya, mengetahui kiraan orang yang akan bermusafir, mengetahui hajat tercapaiatau penyakit sembuh, mengetahui punca sesuatu penyakit, mengetahui menang atau kalah,menentukan jantina bayi yang dikandung dan lain-lain.
Mengetahui Keserasian antara Dua Sahabat atau Pasangan Suami Isteri
Bab yang paling laris di dalam pegangan ilmu numerologi ialah penentuan keserasian diantara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga atau antara dua sahabatsebelum memulakan sesuatu perkongsian kerja. Banyak kitab-kitab Melayu lama dan modentidak ketinggalan memuatkan perbincangan khusus mengenai aspek ini. Dalam analisis pengkaji, perincian terhadap ilmu keserasian ini dapat ditemui di dalam
 Kitab

 Pati Rahsia
 (Nik Mahmud 1946:145),
 Bintang

 Dua Belas
(Abi Masyar al-Falaki 1957: 3),
Taj al-Mulk
 (Tuan Hassan t.th.:25),
 Buku Mengenal Lelaki
(Ibnu Yusof 1993,45-46) dan lain-lain lagi.Kitab
Taj al-Mulk
secara khusus telah mencatatkan hal ini dengan;
“Jika engkau kehendaki kenal hal laki-laki dan perempuan adakah muafakat antara keduanya atau berbantah antara keduanya atau jadi bercerai kemudiannya atau adakah mati satu seorang daripadakeduanya maka hendaklah engkau hisab akan nama laki-laki dan nama ibunya dan bilangan hari bulandan esa

iaitu dua puluh tiga adad

hari maka buang majmuk tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yangtersebut dan dihisab akan nama perempuan dan ibunya dan

adad
hari dan bilangan haribulan danesanya iaitu dua puluh maka buang tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang tersebut jua kemudianmaka dilihat pada dua
 Luh
maka jika jatuh

adad
laki-laki dan perempuan dalam
 Luh al-Hayt
makadua orang itu muafakat dan apabila seorang dalam
 Luh al-Hayt
dan seorang lagi dalam
 Luh al-Mamt
 maka dua orang itu bercerai kemudiannya atau yang jatuh dalam
 Luh al-Mamt
itu mati dan yang jatuhdalam
 Luh al-Hayt
itu hidup dan qiyas olehmu atas demikian itu segala pekerjaan yang lain-lain.Demikian lagi jika engkau kehendaki kenal akan dua orang yang berkehendak bersahabat antarakeduanya atau berkehendak bersyarikat pada berniaga umpamanya maka hendaklah engkau hisab antaradua nama orang itu dan
c
adad
nya hari dan bilangan haribulan dan esa bermula esa itu dua puluh juatiada lebih tiada kurang selama-lamanya dan qiyas olehmu akan segala pekerjaan yang lain-lain” (TuanHasan t.th.:25-26).
Pengkaji melihat terdapat kelainan pada jumlah pengiraan nilai-nilai nama yangdilakukan oleh pengarang Kitab
Taj al-Mulk
ini dengan kitab-kitab Melayu yang lain kerana jumlah pengurangan angka agak besar iaitu dibuang 30, 30. Pengarang juga mengamalkankaifiyat mengenali sesuatu hajat dan mengetahui sesuatu dengan berdasarkan kaedah yang beliau namakan
 Luh al-Hayt
dan
 Luh al-Mamt
(Tuan Hasan t.th.:25). Jadual
 Luh al-Hayt
 dan
 Luh al-Mamt
yang digunakan oleh pengarang kitab ini ialah seperti beriku









Pengarang kitab ini menjelaskan lagi bagaimana menentukan bilangan hari dengankatanya:
“Adapun adad

hari itu maka Ahad itu 1adad nya,

Isnin itu 2 adad nya

Selasa itu 3 adad nya

Rabu itu 4adad nya

Khamis itu 5 adad nya

Jumaat itu 6 adad nya

Sabtu itu 7 adaad nya”

Jadual Luh al-Hayt dan Luh al-Mamt
tersebut di atas digunakan oleh pengarangsebagai asas numerologi di dalam kitabnya dan disarankan kepada orang ramai sebagairujukan dalam pengiraan mereka untuk menentukan berbagai perkara selain muafakat duasahabat atau keserasian suami isteri seperti menentukan kalah menang seseorang denganlawannya, menentukan orang yang sakit sembuh atau tidak, mengenalpasti punca sesuatu penyakit, mengetahui keadaan orang yang musafir atau ghaib, mengetahui hajat akan tercapaiatau tidak, mengenali pekerjaan yang musykil, mengetahui jantina anak dalam kandungandan hidup atau mati anak itu dan lain-lain lagi (Tuan Hasan t.th.:24-27).
Mengetahui Kalah Menang Seseorang Dengan Musuhnya
Kitab Taj al-Mulk
telah mengemukakan dua bentuk pengiraan kalah menang dengan berpandukan mazhab Imam Ja far al-Sadiq r.a. (Tuan Hasan t.th.:23) dan mengikut kaedahmazhab Abi Masyar al-Falaki (Tuan Hasan t.th.:24).Pengarang kitab ini menyebutkan di dalam “Fasal kepada menyatakan
 ghalib dan maghlub atas mazhab Imam Jaafar al-Sidiq r.a.”,
“Adapun kaifiyat mengenal itu maka hendaklah dihisab huruf antara dua nama yang berbantah atau berbetulan dengan huruf abjad dengan hisab jumal kabir
. Dan murad  dengan jumal kabir itu sepertihisab seseorang yang bernama Ahmad, maka hisab dengan
 jumal kabir ( Alif  haa miim daal )
( alif ) itu satu adad nya
( haa ) itu 8 adad nya
( miim ) itu 40 adad nya
( daal ) itu 4 adad
nya maka jadi jumlah itu 53adad  baginya

Adapun hisab jumal saghir itu maka diiktibar

( alif ) itu 3 huruf makhraj iaitu (alif  -laam- Faa- ),
maka
( alif )itu satu adad
( Laam ) itu 30 adad dan
( Faa) itu 80 adad .

Dan( Haa) itu 2 huruf iaitu ( Haa Alif)
( Haa) itu 8 adad
( Alif ) itu satu adad

. Dan ( Miim) itu 3 huruf ( Miim Yaaa Miim),
 maka ( Miim) itu 40 adad nya,
dan ( Yaa ) itu 10 adad nya,
dan ( Miim) yang kedua itu 40 adad nya jua .

Dan ( Daal) itu 3 huruf asalnya iaitu ( Daal  alif laam ),
makaiaitu ( Daal ) itu 4 adad
dan ( Alif ) itu 1 adad nya,
dan ( Laam) itu 30 adad  nya.

Maka jadi jumlah lafaz Ahmad ( Alif haa miim daal)dengan hisab
 jumal saghir itu 245adad nya. Maka qiyas olehmu akan nama yang lain daripada“Ahmad” (Tuan Hasan t.th.:23).“Setelah sudah maklum akan dua nama orang yang berkehendak berkelahi bantah umpamanya makadihisab huruf bagi nama masing-masing orang itu maka dibuang masing-masing nama orang akan 9, 9.Adapun jika bersamaan pada nama keduanya maka kita lihat pada ilmunya dan
 sya`n

dan warnakulitnya dan bangsanya dan sifat kejadiannya. Maka barang yang lebih ilmu atau tua umur atau lebihwarna kulit bangsa atau lebih sifat kejadiannya maka iaitulah menang. Bermula warna hitam itu keras
daripada warna yang lain dan warna merah itu keras daripada warna yang putih dan qiyas olehmu akanlainnya” (Tuan Hasan t.th.: 23).“
Adapun jika tinggal esa dengan 9, ghali besa maghlub9.
Dan jika esa dengan 8,ghalib 8 maghlubesa.
Dan jika esa dengan 7, ghalib esa maghlub7.
Dan jika esa dengan 6, maka ghalib 6 maghlub esa.
Dan jika esa dengan 5, maka iaitu ghalib esa maghlub5.
Dan jika esa dengan 4, maka iaitu ghalib 4 maghlub esa.
Jika dengan 3, maka iaitu ghalib esa maghlub 3.
Dan jika esa dengan 2, maka iaitu ghalib 2 maghlub esa.
Dan jika esa dengan esa, maka barang yang mendatang itu ghalib dan yangdidatang itu maghlub


” (Tuan Hasan t.th.:23).
Pengarang kitab ini seterusnya membincangkan lebih panjang bilangan angka tunggal diantara dua nama iaitu 2 dengan 9, 3 dengan 9, 4 dengan 9, 5 dengan 9, 6 dengan 9, 7 dengan9, 8 dengan 9 dan terakhir 9 dengan 9 (Tuan Hasan t.th.:23-24). Perbincangan tersebutmengkhususkan kepada pengiraan mengikut mazhab Abi Jaafar al-Sadiq. Manakala perbincangan seterusnya ialah dikhususkan kepada `Fasal pada menyatakan satu kaedah lagi pada mengenal
 ghalib dan maghlub atas mazhab Abi Masyar al-Falaki’ (Tuan Hasant.th.:24-25). Pengarang mencatatkan,
“Dan adalah kaedah ini tersebut dalam dua bait dalam Kitab Abu Ma
c
syar al-Falaki jua. Makakaifiyatnya hendaklah dihisabkan antara dua nama orang yang berkelahi bantah atau lainnya denganhisab
 jumal kabir
. Setelah sudah dihisab maka nyatalah maksudnya dalam dua bait syair Arab yang bermaksud: “Yakni ghalib lah maghlub artinya ghalib lah yang datang kepadanya dan maghlub yang mendatang apabila bersamaan antara dua nama pada genapnya. Dan
 ghalib lah talib artinya ghalib lahyang mendatang dan maghlub yang datang tatkala bersamaan antara dua nama pada kasal nya. Dan jadilah ghalib lah yang terkurang adad nya pada tatkala seorang genap adad
nya dan seorang kasal yakni pada tatkala seorang genap dan seorang kasal itu ghalib yang terkurang adad
nya dan jadi maghlub yang banyak adad nya dan ghalib lah yang banyak adad
nya pada tatkala bersalah-salahan ia”(Tuan Hasan t.th.:24).
Pengkaji mendapati terdapat kesukaran dalam memahami kaedah mengenali ghalibmaghlub
mengikut mazhab Abi Masyar al-Falaki seperti keterangan di atas. Walau bagaimanapun pengarang telah menghuraikan kenyataannya itu dengan memberikan contoh-contoh bagi setiap bentuk nilai abjad. Pengarang menerangkan,
“Adapun kehasilan surah dalam dua bait syair itu empat, pertama, surah bersamaan antara nama padagenapnya maka adalah surah enam
 ghalib
lah yang didatang kepadanya dan
maghlub
yang mendatang,misal, seorang Muhammad namanya seorang lagi namanya pun Muhammad jua maka Muhammad itu92 adad  nya. Maka yang mendatang itu maghlub dan yang datang itu ghalib
. Kedua, surah bersamaanantara dua nama pada kasal maka adalah surah ini ghalib lah yang mendatang dan
adad maghlub yangdidatang, misal, seorang namanya Salam dan seorang lagi namanya Salim, maka Salam itu 131 nya jua maka adalah surah ini ghalib yang mendatang dan maghlub yang didatang. Ketiga, surahseorang genap dan seorang kasal , misal seorang bernama Ahmad dan seorang bernama Husin makaAhmad itu 53 adad nya dan Husin itu 128 adad nya maka surah ini memanglah yang terkurang adad
nya daripada yang banyak yakni ghalib Ahmad dan maghlub Husin. Keempat, surah ghalib yang banyak tatkala bersalah-salahan adad nya pada genap antara dua nama atau kasal antara dua namanya,misalnya, bersalahan pada genap itu seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Yusof, maka Ali itu110 banyak adad nya dan Yusof itu 156 adad nya maka Yusof itu ghalib dan Ali itu maghlub kerana banyak adad nya daripada adad Ali dan missal bersalah-salahan pada kasal itu seorang bernamaIbrahim dan seorang lagi bernama Sulaiman, maka Ibrahim itu 259 adad nya dan Sulaiman itu 191 adad nya maka Sulaiman itu maghlub dan Ibrahim itu ghalib kerana banyak adad Ibrahim daripada adad Sulaiman dan qiyaskan olehmu akan yang lain-lain daripadanya. Wallahualam



http://www.scribd.com/doc/70614356/kitab-tajul-muluk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komentar:

Unknown mengatakan...

waduh kok gelap nie...kenapa mass?

Posting Komentar