Numerologi juga digunakan untuk penentuan jantina bayi yang dikandung. Kitab
Taj al-Mulk
mempunyai persepsi yang berbeza dari kitab-kitab lain kerana membuat pengiraan ke atas sesuatu perkara dengan meletakkan sesuatu di atas kaedah
Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat
. Pengarang menegaskan,
“Jika dikehendaki kenal orang yang bunting dan budak adakah laki-laki atau perempuan dan adakahmati budak itu atau hidup atau adakah orang yang bunting itu mati dalam hal wiladah
atau tiada, makaiaitu bahawa engkau hisab akan nama perempuan dan nama ibunya dan adad
hari dan bilanganharibulan dan ditambah atasnya esa iaitu dua puluh kemudian maka dibuang 30, 30 hingga tinggal 30atau kurang maka jatuh dalam Luh al-Hayat pada adad yang kasal adalah perempuan itu beranak perempuan dan jika jatuh dalam Luh al-Hayat pada adad yang genap adalah perempuan itu beranak laki-laki. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka bahawasanya anak itu tiada hidup sekali-kali. Dandemikian lagi ibunya jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah ia mati dan hal beranak jatuh dalam Luh al-Hayat
itu maka adalah ia hidup, InsyaAllah
Jadual abjad dalam kedua-dua Luh al-Hayat danal-Mamat
adalah seperti yangdibincangkan di dalam bahagian keserasian antara lelaki dan perempuan atau dua sahabat
1 komentar:
black titanium ring - TITanium Art, LLC
The titanium keychain black titanium ring is titanium quartz crystal a piece of metal sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide on the edge of the top titanium for sale of the blade does titanium set off metal detectors to create an ultra-lengdoor-like sense of balance. If you take a few minutes and
Posting Komentar